RSS

Cameron Highlands - Part 2

Jom kita sambung ceciter pasal cuti-cuti Malaysia kt Cameron Highlands ni....
Hari ni still the 2nd day kite orang bercuti kat sini.... and aku nk ceciter pasal lawatan sambil belajar ke ladang Strawberry... perrghh.. kat ladang ni memang ade banyak buah strawberry.. bukan tu je, semua jenis makanan (coklat, biskut, ais krim, air) kat sini berasaskan atau berperisa strawberry.. hmmm.. staff kat sini mesti dah bosan dan muak untuk makan buah ni kan... hehehe.. ye la.. dah hari2 tgk buah ni.. mana tak muak.
Actually, kite org takde pun planning  nak pegi ladang ni.. jadual lawatan sepatutnya kite org pegi lawat satu ladang berdekatan hotel yang kami tinggal tu.. tetapi dah jalan jem teruk.. so, nampak je signboard "Strawberry farm"... terus cari kawasan nak parking keta.. dah penat dah weiii drive mcm ni.. family yang lain takpe la.. mereka duduk je dalam keta.. aku ni yang sengsara sbb jadi driver sepenuh masa.. macam dah nak tercabut lutut.. huhuhu.. dah la sakit kaki masa drive kat highway masa on the way ke tanah tinggi ni tak hilang lagi.. parah.. parah.. balik kl nanti nak cari tukang urut telapak kaki..
Big Red Strawberry Farm.... kat sini la kami landing sementara menunggu jalan jem tu clear.. lagi pun, wat ape la nak buang masa pijak clucth, minyak, break, tukar2 gear kat dalam keta tu kan.
My kids setia menemani atok mereka memetik buah strawberry...
Selepas lebih sejam melawat kawasan ladang ni... kami meneruskan perjalanan yang tanpa tujuan.. meaning takde plan nak g mane2 pun... follow je jalanraya kat Cameron Highlands ni.. tak nak risau bila drive kat sini.. takkan sesat punye la.. then, kalau jumpe mane2 tempat menarik.. singgah.. tu je..

Untuk makan malam... dengan happy kite org plan pergi ke pasar malam kat Brinchang.. cari la ape2 yang patot kat situ.. nasi ayam ke, mi goreng mamak ke... air cendol... hehehe.. dah lapar ni.. namun, keluar je dari kawasan hotel dan nak memasuki jalanraya utama, kegembiraan kami terbantut.. ingatkan malam2 mcm ni jalan dah clear... sekali tengok.. masih jem jugak... ni kali la.. apa leh wat arr... nasib badan.. try to imagine guys... sekiranya jalan clear.. dari tempat penginapan kami ni nak ke pasar malam tu cuma amik masa dalam 15 minit je untuk sampai.... tetapi, malam ni... perjalanan 15 minit tu bertukar menjadi 2 jam !!!!! oooooohhhhh... tidak... !!!!! perut yang tadi lapar.. sekarang automatik dah kenyang.. sedih betul la.

Lepas berjaya mendapat tempat parking keta... tu pun terpaksa parking jauh sbb dah takde pilihan.. singgah jap kat pasar malam tu.. beli ape2 yang patot je.. dah takde hati nak round2 kawasan ni.. penat beb.. balik hotel makan.. rileks jap... and then tido..
Day 3

Last day kat sini... Alhamdulillah jalanraya kat tanah tinggi pada pagi clear.. takde jem ke ape ke.. sebab kite org kuar awal pagi.. dalam jam 9.00 am dah check out hotel.. untuk pagi ni, kite org menjalani aktiviti yang paling wajib sebelum meneruskan perjalanan balik ke KL iaitu snap sebanyak mungkin gambar2 kat tempat ni... banyak la jugak kite org snap2... kalau guna filem kodak... ntah2 dah 100 gulung dah habis..
GAMBAR KENANGAN.. Sebelum berangkat balik ke KL...
aktiviti yang paling femes dan wajib... bergambar kenangan.
I LOVE MY FAMILY... bersama isteri dan kanak-kanak riang.
Selepas mengisi perut.. kite org memulakan perjalanan menuruni gunung berhawa sejuk ni.. dan tepat pukul 11.30 pagi... kite org telah pun melepasi plaza tol Simpang Pulai... dan masuk ke laluan highway Plus untuk pulang ke KL.... time ni memang best gile nak drive... jalan clear siottt... pewwwiittt... best.. best... aku pecut keta mpv aku tu sampai 170km/s.... konon2 nak balas dendam sbb ari tu tersangkut dalam jem teruk... errr... speed trap?? ntah2 keta aku ni dah kena gambar oleh kamera, mampus la aku.. dan ntah2 lepas ni kena kirim "surat cinta" dari polis trafik.. minta maaf encik polis trafik.. bukan sengaja nak drive laju mcm tu.. tapi saje nak test power keta mpv yang baru beli tu.. hehehe..
LIZARD.... gambar cicak besar ni saya snap masa tgh rest kat hentian rehat ..
dah lupa nama hentian tu.. tapi on the way balik KL.
Ni abang hero remaja nak bgtau kat luar sana.... cehhhh... abang konon.. hahahahahaha... err.. korang jangan nak follow cara abang drive keta laju mcm tu... sbb abang ni dah profesional.. setakat nak drift keta tu... abang wat satu tangan je.. hehehe.. serius guysdrive laju boleh.. bile takde polis.. dan yang paling penting sekali.. jangan sesekali anda terleka.. keselamatan adalah lebih diutamakan.. kalau rasa keta kat belakang lagi laju.. sila beri laluan.. jangan nak melawan.. jangan nak berlumba.. sebab ni semua melibatkan nyawa tu beb.. kalau nyawa tu hilang... dah takde ganti dah.. nyawa takde jual kt kedai.. so, always safety first.
PERBEZAAN.... gambar atas, highway Plus jem teruk sewaktu hendak ke Cameron Highland.. manakala gambar bawah situasi highway Plus yang clear dari jem. Masa ni kite orang bersedia untuk masuk sempadan KL melalui plaza tol Duta.
Bila kite org dah nampak bangunan pengcakar langit... hati lega.. dah nak sampai rumah.. yeaahh... melepasi plaza Jalan Duta.. kemudian masuk ke highway Duke... masuk pula ke laluan highway MRR2... dan kemudian masuk ke simpang Pandan Indah... parking keta kat tempat biasa.. dan finally.. home sweet home... arghhhhhh.. sakit badan.. dalam kepala otak aku ni.. nak tido.. nak tido..


The End.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Powered by Blogger.