RSS

Cameron Highlands, Pahang


CUTI-CUTI  Malaysia.... kat sini saya nak story kat korang mengenai percutian kami sekeluarga di Cameron Highland, Pahang, bersempena dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina yang disambut pada 23 – 24 Januari.. lucky cuti untuk perayaan tersebut jatuh pada hari Isnin dan Selasa... so campur dengan Sabtu dan Ahad.. dapat cuti sebanyak 4 hari... nak lagi lama cuti tu.. bukan susah pun.. apply je annual leave untuk Rabu Khamis dan Jumaat..

Bagi mengelak kesesakan time kat highway (yang memang dah dijangka akan berlaku setiap kali cuti perayaan).. kami memulakan perjalanan ke tempat peranginan yang femes dengan cuaca sejuk dan buah strawberry ni, seawal pukul 7.00 pagi.. hehe.. langit masih gelap lagi tu beb.. anak2 pun  dipaksa bangun g mandi.. hahahaha.. kesian bebudak berdua tu.. takpe la.. nanti kat dalam keta boleh sambung tido.. planning nak keluar awal ni juga disebabkan kami target nak sampai kat gunung peranginan tu dalam pukul 11.00 pagi.... so, sempat la usha2 mana2 tempat menarik untuk dilawati sebelum check in kat hotel.

Gambar atas: Keadaan highway Plus ke arah utara yang sesak teruk.
Gambar kiri bawah: Setelah memasuki laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands (Kg Raja)
Gambar kanan bawah: Keadaan jalanraya yang sesak teruk di Brinchang.
Namun, manusia hanya mampu merancang.... takdir yang menentukan segalanya.. cheewaahh.. macam ayat-ayat Ombak Rindu la pulak... hehehehe.. mulanya perjalanan lancar, namun sebaik saja melepasi tol Duta.... kenderaan mula bergerak perlahan... dari 80 km/s... kemudian turun ke 60 km/s... dan terus turun lagi ke 40 km/s... dan akhirnya turun ke 0 km/s.... walaweiiiii... ini kali la.. jem teruk !!! ni baru nak dekat pukul 8.00 pagi... highway Plus arah ke utara dah jem teruk mcm ni.. huhuhuhu.. cuba imagine.. aku driver tp aku boleh browse Facebook guna hp lagi... boleh balas2 komen... boleh post status... bukan tu je.. aku boleh minum air kotak.. hahaha..

Takde yang menarik nak ceciter sepanjang perjalanan.. highway jem beb takde yang menarik bila jalan jem.. actually, perjalanan dari KL ke Cameron cuma mengambil masa dalam 3 - 4 jam je.. bergantung cara  anda driving.. kalau drive macam pelumba F1.. gerenti la cepat sampai.. tapi jangan silap, bukannya sampai kat Cameron.. tetapi, cepat sampai ke alam barzakh... huh.. seram.. takut. so, berhati-hati semasa di jalanraya.. biar lambat asal selamat.

Hanya selepas melepasi tol Simpang Pulai baru la perjalanan kembali lancar... nasib baik sepanjang jalan naik gunung tu tak jem... smooth je bawa keta naik atas.. hehehe.. and finally kami berjaya sampai ke destinasi percutian pada jam 3.00 petang... perrrghhhh... macam tak pecaya je yang kami berada dalam kereta selama 8 jam.. huhuhu.. aku update status kat Facebook.. member2 semua terkejut.. tapi ni la realiti.

MAYANGSARI RESORT.... unit apartment Mayangsari di Cameron Highlands
Untuk percutian selama 3 hari 2 malam ini, kami menetap di hotel Mayangsari... yang terletak berdekatan dengan pekan Brinchang.. hmmm... hotel Mayangsari ni lagi.. kalau ikutkan hati, memang aku tak nak stay lagi kat mana-mana cawangan hotel ni.... nak tau kenapa? cuba korang CLICK KAT SINI.. tapi disebabkan penginapan ini adalah percuma... my wife menang peraduan kat online.. hehehe.. so, apa-apa yang tak kena dalam hotel tu.. kita orang diam je la.. tak nak komplen yang serius sangat.. so far, branch Mayangsari kat A’Famosa resort juga  terbaik.. servis pun perfect.

REHAT... ni la watak utama hero remaja dalam drama ni.. berehat setelah memandu selama 8 jam.

PENAT.... family ambil berehat sementara menunggu waktu nak check in...
 anak2 turut mengambil peluang berehat sambil duduk di kerusi urut.
Menempuh perjalanan yang teruk selama 8 jam membuat semua keletihan.. seterusnya mengakibatkan semua malas nak kuar untuk cari makan malam.. kena pula dengan cuaca yang sejuk macam kat London.. hmm.. lagi la malas.. asyik nak berselimut je.. eh'eh korang ni takde rasa nak makan ke.. tak lapar ke? so, terpaksa la aku berkorban meredah kegelapan malam yang sejuk sambil ditemani ayah dan anak sulung aku, untuk keluar mencari makanan... mana2 restoran yang masih buka.. kami singgah je.. rembat je apa yang patut kat kedai tu.. yang penting dapat isi perut untuk malam ni.

Hari ke-2

Hari ni, destinasi pertama yang kami lawati ialah pekan Tanah Rata... bersarapan pagi sebelum memulakan lawatan ke tempat2 menarik yang lain di tanah tinggi ini. Di pekan ini juga kami mengambil peluang untuk shopping sourvenir.. well... kalau dah kaum hawa ber-shopping.. macam hari esok dah takde dah.. kedai tu kecik je.. boleh muat 2-3 org je kat dalam kedai.. tapi aku tgk wife aku.. ibu dan ibu mertua shopping sakan kat situ.... busy pilih2 baju + key chain.. hmmmm.. jadi terpaksa la kami sebagai kaum adam berdiri menunggu kat luar.. dah mcm tiang bendera.. hahahaha.. takpe biar kan.


SHOPPING..... mengambil peluang membeli pelbagai cenderahati semasa di Tanah Rata

BILA NAK HABIS SHOPPING NI.. yang lain busy kuar masuk kedai,
 hero remaja bersama-sama hero junior setia menanti di luar.
Selepas tu... kami memulakan pengembaraan untuk mencari ladang strawberry yang banyak kat tanah tinggi ni... jangan risau la kalau terlepas 2-3 ladang... kat depan tu maybe ada 10 ladang sedia menanti pengunjung.. hehehe.. bagaimanapun, kegembiraan kami bertukar muram... mimpi ngeri terperangkap dalam kesesakan highway selama berjam-jam rupanya belum berakhir... dan kini mimpi ngeri itu bersambung pula di sini... jalan jem teruk kat atas Cameron Highlands !!!! bermula dari Tanah Rata sehingga la ke Kampung Raja... argggghhhhh !!! Dah la jalan two way.. susah nak over take keta depan..  karang silap over take.. hospital jawabnya.. huhuhu.. so, redha je la.. follow je belakang keta depan... dia laju... kita pun laju... dia perlahan kita perlahan.



tak abis lagik drama swasta ni... to be continue..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

StellaClaire-Richard said...

best betul tgk kmu p jln2 ni.. hmmm..nice post anyway.. blh jadi guide..

Anonymous said...

Macam jem eik? Kalau datang lagi ke CH singgah di Galeri House of Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata. Page link di www.deegate.com

Unknown said...

Tanx for nice story. jem teruk ke?? hurm plan nak g jalan2 ngn husband ke sana..kene hati2 ni..

Powered by Blogger.