Bad review about Mayangsari Port Dickson

Salam semua, hari ni merupakan hari ketiga kami bercuti-cuti Malaysia ke PD.. Meaning this is the final episod of my story about PD...

Hmm.. cepatnya masa berlalu.. macam baru je semalam sampai kat PD, hari ni dah nak balik KL.. huhu.. cheewaaahh.. ni arr ayat-ayat manis yang sering keluar dari mulut para pelancong bila mereka pergi bercuti di mana-mana tempat.. betul tak? rasa macam tak nak balik rumah sendiri.. konon la.

Last day kat sini, kite org takde nak pegi mana-mana... aktiviti dipenuhi dengan tugasan mengemas beg, packing barang2, buang sampah.. bila aktiviti menarik ni dah settle semua.. kunci apartment ni kembali bertukar tangan kepada staff resort ni.. And then, tak cakap banyak.. start enjin kete.. terus drive balik KL.. Zooooommm !!

Kat entry ni, aku nak ceciter sikit pasal apartment yang kite orang stay untuk 3D2N.. kire aku nak bagi review pasal tempat ni... errr.. sila amik perhatian.. komen ni adalah komen peribadi yer.. So jangan nak mem-politik-kan my comment about this place.. (Lepas ni tak pasal-pasal aku kene balun.. huhu.)

Jika diberi peluang bercuti di PD in future.. serius beb, aku takkan pilih lagi untuk menetap di apartment ni.. sebab apa? indah khabar dari rupa !! servis teruk.. tilam cantik.. tapi bila baring.. perghhhh.. sakit belakang wooo !! spring tilam tu dah terbonjol.. Bila call person-in-charge, dia bgtau yang dia tak boleh buat apa2 untuk tukar tilam tu.. No extra bed !!  What??? Lepas tu, water heater rosak.. pintu bilik tak boleh tutup rapat + tak boleh nak kunci.. susah nak buat aktiviti berfaedah.. huhu.. aku tengok pintu bilik dah senget pintu je..

NAMPAK SELESA.... namun aku sanggup tido kat lantai daripada tido
kat katil + tilam spring terbonjol ni.. tak pecaye? cuba korang try test..

ROSAK....  hmmm.. nasib baik aku ni dah biase sangat mandi air sejuk
KOTOR.. !!! kat masterbed ada beranda, boleh la lepak pekene rokok sebatang dua sambil tgk
 pemandangan laut.. tetapi anda sanggup ke lepak dengan keadaan lantai kotor dengan daki berlumut
Bila kite org bagitau yang kite berhasrat untuk menukar apartment lain.. Once again staff tu bagitau.. Full house !! Eh'eh... Biar betol minah ni... Takkan resort yang besar camni boleh takde satu pun apartment kosong.. ggrrrrr.. !!! Okay takpe... This is the 1st and the last kami check in kat sini..

Hmm.. Just forget about it.. Bende dah berlalu.. Nak wat camne lagik kan.. hehe.. maybe, nasib kite org je tak baik masa tu.. dapat unit apartment yang teruk !! mungkin unit apartment yang cantik dan elok, orang lain dah check-in awal.. err.. first come first serve? so, sesape yang datang lambat dapat unit apartment yang teruk?? hmmm....

Perjalanan balik ke KL berjalan lancar.. sama seperti masa kami datang ke PD.. Mane tak weiii... Kite orang balik KL on Monday.. Hahahaha.. Semua orang time ni kat ofis.

Sampai kat area Pandan Indah my home sweet home lebih kurang 12pm.. Cun-cun untuk makan tengahari.. Hehe.. Langkah kaki kanan masuk rumah, kena rehat secukupnya... sebab esok kena pegi ofis.. Banyak keje amal menanti kat ofis tu.. arrghh.. kan best kalau aku seorang trillion man... boleh everyday pegi holiday kat seluruh dunia.. Tak payah nak fikir pasal keje.. huhu.. Jenin.. Jenin.. Hahahaha.. ok chowww !

Di masa hadapan nanti... jika dimurahkan rezeki dan Allah panjangkan umur.. aku akan kembali bercuti di PD bersama-sama kelurga bahagia... tapi kena cari hotel lain.. hehe.

** sorry to Mayangsari management for this bad review.. I hope the management will improve the quality of service at this resort.


The End

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

- zuriey - said...

yerk..teruknya..kena band ni

Asai said...

so far... unit apartment Mayangsari kt A'Famosa resort jg arr yg terbaik dan servis perfect..

Anonymous said...

I dpt voucher percuma ke mayangsari PD di Matta fair semlm. Tapi bila baca komen bab bhantu n bad svc fikir 10x lak.

Powered by Blogger.