RSS
Showing posts with label Port Dickson Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson Negeri Sembilan. Show all posts

Bad review about Mayangsari Port Dickson

Salam semua, hari ni merupakan hari ketiga kami bercuti-cuti Malaysia ke PD.. Meaning this is the final episod of my story about PD...

Hmm.. cepatnya masa berlalu.. macam baru je semalam sampai kat PD, hari ni dah nak balik KL.. huhu.. cheewaaahh.. ni arr ayat-ayat manis yang sering keluar dari mulut para pelancong bila mereka pergi bercuti di mana-mana tempat.. betul tak? rasa macam tak nak balik rumah sendiri.. konon la.

Last day kat sini, kite org takde nak pegi mana-mana... aktiviti dipenuhi dengan tugasan mengemas beg, packing barang2, buang sampah.. bila aktiviti menarik ni dah settle semua.. kunci apartment ni kembali bertukar tangan kepada staff resort ni.. And then, tak cakap banyak.. start enjin kete.. terus drive balik KL.. Zooooommm !!

Kat entry ni, aku nak ceciter sikit pasal apartment yang kite orang stay untuk 3D2N.. kire aku nak bagi review pasal tempat ni... errr.. sila amik perhatian.. komen ni adalah komen peribadi yer.. So jangan nak mem-politik-kan my comment about this place.. (Lepas ni tak pasal-pasal aku kene balun.. huhu.)

Jika diberi peluang bercuti di PD in future.. serius beb, aku takkan pilih lagi untuk menetap di apartment ni.. sebab apa? indah khabar dari rupa !! servis teruk.. tilam cantik.. tapi bila baring.. perghhhh.. sakit belakang wooo !! spring tilam tu dah terbonjol.. Bila call person-in-charge, dia bgtau yang dia tak boleh buat apa2 untuk tukar tilam tu.. No extra bed !!  What??? Lepas tu, water heater rosak.. pintu bilik tak boleh tutup rapat + tak boleh nak kunci.. susah nak buat aktiviti berfaedah.. huhu.. aku tengok pintu bilik dah senget pintu je..

NAMPAK SELESA.... namun aku sanggup tido kat lantai daripada tido
kat katil + tilam spring terbonjol ni.. tak pecaye? cuba korang try test..

ROSAK....  hmmm.. nasib baik aku ni dah biase sangat mandi air sejuk
KOTOR.. !!! kat masterbed ada beranda, boleh la lepak pekene rokok sebatang dua sambil tgk
 pemandangan laut.. tetapi anda sanggup ke lepak dengan keadaan lantai kotor dengan daki berlumut
Bila kite org bagitau yang kite berhasrat untuk menukar apartment lain.. Once again staff tu bagitau.. Full house !! Eh'eh... Biar betol minah ni... Takkan resort yang besar camni boleh takde satu pun apartment kosong.. ggrrrrr.. !!! Okay takpe... This is the 1st and the last kami check in kat sini..

Hmm.. Just forget about it.. Bende dah berlalu.. Nak wat camne lagik kan.. hehe.. maybe, nasib kite org je tak baik masa tu.. dapat unit apartment yang teruk !! mungkin unit apartment yang cantik dan elok, orang lain dah check-in awal.. err.. first come first serve? so, sesape yang datang lambat dapat unit apartment yang teruk?? hmmm....

Perjalanan balik ke KL berjalan lancar.. sama seperti masa kami datang ke PD.. Mane tak weiii... Kite orang balik KL on Monday.. Hahahaha.. Semua orang time ni kat ofis.

Sampai kat area Pandan Indah my home sweet home lebih kurang 12pm.. Cun-cun untuk makan tengahari.. Hehe.. Langkah kaki kanan masuk rumah, kena rehat secukupnya... sebab esok kena pegi ofis.. Banyak keje amal menanti kat ofis tu.. arrghh.. kan best kalau aku seorang trillion man... boleh everyday pegi holiday kat seluruh dunia.. Tak payah nak fikir pasal keje.. huhu.. Jenin.. Jenin.. Hahahaha.. ok chowww !

Di masa hadapan nanti... jika dimurahkan rezeki dan Allah panjangkan umur.. aku akan kembali bercuti di PD bersama-sama kelurga bahagia... tapi kena cari hotel lain.. hehe.

** sorry to Mayangsari management for this bad review.. I hope the management will improve the quality of service at this resort.


The End

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Port Dickson, Negeri Sembilan - Part 2

Jom kite sambung ceciter pasal cuti-cuti Malaysia my family ke PD.. ni dah masuk hari kedua.

Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi... my kids dah bangun.. mak aiii.. awalnye bebudak ni bangun.. kalau nak p sekolah takpe jugak.. come on la kids.. kite kan tengah bercuti.. bagi la peluang daddy bangun lambat.. tak sporting betul ar bebudak ni.. huh.. bangun lambat? kalau betul dibenarkan bangun lambat.. alamat aku tak sempat breakfast la.. direct terus makan tengahari.. hehehe..

okay la.. destinasi pertama untuk lawatan sambil belajar.. kite orang decide pergi ke Muzium Tentera Darat.. perjalanan dari apartment ke muzium tu cuma ambik masa 15 minit.. dekat kan.. seronok tengok kanak-kanak ribena ni excited sangat tengok pelbagai jenis kereta kebal, jet pejuang, helikopter, keretapi.. macam iklan kat astro "macam-macam ada"... aku sendiri excited tengok bende-bende kat muzium ni.. nasib baik aku dapat control feeling jiwa muda remaja aku ni.. muka buat-buat ketat.. padahal dalam hati.. best.. best.. best..





Dah puas round kat muzium.. lawatan sambil belajar diteruskan ke Tanjung Tuan.. nak tengok camne rupa bangunan Rumah Api.. masa nak pegi kat situ.. jalan jem.. tapi takde teruk sangat..  yang teruknya bila kite orang tak tahu kat mane tempat ni.. so, main redah je la.. tengok signboard.. banyak kali jugak arr terlajak ntah mane tempat.. selepas buat u-turn ntah yang ke berape kali.. huhuhuhu.. at last, kami jumpe jugak kawasan ni.. hehe..

Dah parking kete.. ingatkan rumah api tu main masuk je.. rupanya kene bayar.. hmm.. takpe la.. bayar sorang seringgit je untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.. bile dah bayar, aku tanye kat kaunter.. mana rumah api? Dia bgtau kene daki bukit baru boleh sampai.. hah !!! biar betul mamat ni.. nak tak nak.. terpaksa arr jugak mendaki bukit ni tanpa senaman atau memanaskan badan terlebih dahulu... tu takpe lagik... part paling best.. air mineral kami tak bawak.. perghhh... ni dah serataf unta padang pasir.. simpan air kat bonggol belakang.. hahahahaha.. daki bukit ni.. punyer la seksa.. serius bro.. kepada sesaper yang plan nak pegi sini.. bawak arr air mineral atau 100 plus.. bawa stok banyak2.

lepas mendaki selama 15 minit.. kami akhirnya sampai jugak ke puncak bukit.. dan mata ku semakin bersinar gembira bile aku terlihat seorang uncle menjual makanan atas motorsikal.. yes yes.. air.. air... i really need water right now.. laju jer aku pegi kat tempat uncle tu.. tanya ada jual air tak... uncle tu jawab takde!! what...??? are you kidding man..?? uncle tu cuma jual ais cream cornetto... mampus camne.. ais cream.. belasah je la.. janji dapat basah tekak yang kering kontang ni.

RUMAH API... ni la bangunan Rumah Api, Tanjung Tuan.


Pemandangan laut Selat Melaka..

uncle ni buat suspen betul la
Pemandangan dari atas bukit ni... perrghhhhhhh... wa cakap lu.. terbaik.. terbaik bro.. lautan Selat Melaka yang terbentang luas.. cantik bro.. Rasa macam nak bina rumah setinggan je kat atas bukit ni.. hari-hari boleh tengok laut.. kalau bosan leh turun memancing ikan jaws kat lautan tu.. hehehe.

sedar tak sedar.. dah pukul 3.00 petang... sekali lagi perut bergendang.. perjalanan turun bukit takde arr seksa sangat berbanding mendaki.. hehehe.. Jika masa pegi ke sini jalan jem sedikit.. berbeza pulak bile nak balik town.. jem giler.. dah la jalan satu line je.. kete banyak.. hmm..  
ni dia  Kedai kopi Pak Lang.... jangan risau mengenai status halal kedai ni..
sebab semua makanan yang disediakan adalah halal dan dimasak oleh orang Islam.

Mi sup fish ball..... terbaik di pasaran..
Untuk makan tengahari.. cheewahh.. tengahari la konon.. padahal dah nak masuk waktu minum petang dah ni.. kite orang ke pekan Port Dickson.. cari restoran yang masih ada jual nasi.. tapi pelik.. kebanyakan kedai dah tutup.. tau la ari ni ari Ahad.. tapi takkan la restoran pun half day.. pusing punya pusing.. ternampak la sebuah kedai kopi.. hmm.. menarik jugak ni.. ape lagik parking kete.. terus terjah Kedai Kopi Pak Lang..

Dah settle makan... balik apartment kejap sebab nak tukar pakaian... sebelum meneruskan aktiviti melepak kat tepi pantai.. bagi peluang kat kanak-kanak ribena ni main pasir... and mandi laut.. tetapi cuaca tak mengizinkan... hujan lebat turun daaaa... apa daaa.. so, balik apartment.. rehat... makan... tido.. zzzzzz..
 
SERONOK tengok kanak-kanak ribena ni bermain dengan pasir sambil mandi laut.
 
HAPPY FAMILY... bersama isteri dan anak-anak yang tercinta



tak abis lagik ceciter ni... to be continue la pulak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Port Dickson, Negeri Sembilan - Part 1




Salam semua... dah lama sangat tak update blog ni.. meaning aku takde pegi mane2.. takde nak jejalan.. bukan takde bajet... tapi banyak keje yg tak pandai siap2 kat ofis.. huh tension bro.. tp apa leh buat.. dah keje makan gaji.. terpaksa arr buat jg.. huhu.

kali ni aku nk ceciter kat korang psl cuti-cuti yang tak dirancang.. tetibe je start enjin kete.. blah camtu je.. hahahaha.. actually, my wife arr yg ajak bercuti... dia cakap anak2 bosan kat rumah.. hmmm.. anak2 yg bosan ke atau madam ni yg kebosanan.. hehehe.. sorry honey, wrong timing la... you pun nampak I balik keje jam brp kan.. kuar awal pagi.. balik rumah dah lepas waktu solat Isyak.. bukan disengajakan.. tapi terpaksa.. demi sesuap nasi... cheewahhh..

Fikir punye fikir... arrghhhh... lupakan pasal dateline, report, analisis atau anything else related to my office... aku pun dah tension sangat dengan keje-keje kat ofis... tanpa diduga.. di luar jangkaan.. jejari ni busy menaip sms ke hp my wife.. "honey, I really need a rest and want to release my tension as well.. let's go for holiday".. so, madam kat rumah tu ape agik.. happy giler arr.. nasib baik takde mercun.. kalau tak, confirm dia dah bakar depan rumah.. celebrate la konon.

Destinasi percutian kami kali ni takde la jauh sangat.. dekat je... kat Port Dickson, Negeri Sembilan... atau nama singkatan PD.. sebut pasal PD.. mesti you all dah terbayang dengan pantai kan.. lautan selat Melaka yang terbentang luas.. kenapa pilih tempat ni? nak bagi tunjuk kat anak2 macamana rupa laut.. hahahahaha.. kesian budak2 ni.. tengok laut kat dalam tv je.. hehe.. gurau je.

Hari pertama - Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dulu ada urusan seri paduka yg perlu kami settle... makan masa sehari jugak arr.. so, kami hanya dapat memulakan perjalanan pada pukul 5.30pm.. dan perlu sampai ke destinasi sebelum jam 8.00pm... sebab? tukang pegang kunci bilik tu dah nak balik rumah.. ye arr.. budak tu keja start 8.00am sampai 6pm je.. alaaa.. kire overtime arr tu.. dpt jugak duit lebih.. betul tak.

Alhamdulillah... highway pun tak jem.. perjalanan lancar.. takde masalah tayar bocor ke.. habis petrol ke.. atau yang sewaktu dengannya... dan kami berjaya sampai ke destinasi dengan selamat pada pukul 7.45pm...

Mayangsari Service Apartment and Resort.... di sini la kami akan menginap sepanjang bercuti selama 3 hari 2 malam di kawasan peranginan ini... hmm.. memang sesuai untuk percutian keluarga.. sewa apartment yang mempunyai 2 bilik + ruang tamu + dapur untuk memasak, lebih jimat daripada sewa bilik kat hotel... tapi ada yang tak best pasal service apartment ni...serius bro.. hmmm.. nanti I bagi komen pasal tempat at the end of my story.. suspen !

Perjalanan selama hampir 2 jam (dari KL ke PD) membuatkan semua merasa penat.. actually, driver je yang penat... penumpang lain best arr.. dapat tido dalam kete.. jelesnye I tengok.. huhuhu.. masa pun dah  pukul 9.30 malam... perut pun dah bergendang... lapar beb lapar.. jom guys, kita pegi memburu makanan kat luar... masuk dalam kete.. tetibe jadi blur.. nak cari makan kat mane ni? kite orang tak survey lagi tempat ni.. even ni kali kedua aku ke sini.. tapi tu dah lama sangat.. last aku jejak kaki kat PD ni tahun 2005.. tu pun sebab tolong hantar member pegi kursus kat sekolah Jabatan Imigresen.. so, tempat terbaik.. kite terjah pasar malam... hehehe.. kat pasar malam ni best jugak.. besar dan banyak gerai.. madam ape lagik.. beli macam2.. nasi ayam.. mee goreng.. ayam goreng.. kuih apam.. air buah.. pop corn.. mainan... perrghhhh... dah mcm kebulur tahap somalia.. atau macam nak simpan stok makanan untuk sebulan je.. bawa bertenang honey.. banyak2 mengucap.. hahahahaha.. pusing kat pasar malam tu kejap je.. dah dapat apa yang kami cari, terus balik apartment... makan.. makan.. makan.. perut pun dah kenyang.. masa untuk berehat.. anak2 tido awal... more activities waiting for us tomorrow..

to be continue..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Powered by Blogger.