Port Dickson, Negeri Sembilan - Part 2

Jom kite sambung ceciter pasal cuti-cuti Malaysia my family ke PD.. ni dah masuk hari kedua.

Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi... my kids dah bangun.. mak aiii.. awalnye bebudak ni bangun.. kalau nak p sekolah takpe jugak.. come on la kids.. kite kan tengah bercuti.. bagi la peluang daddy bangun lambat.. tak sporting betul ar bebudak ni.. huh.. bangun lambat? kalau betul dibenarkan bangun lambat.. alamat aku tak sempat breakfast la.. direct terus makan tengahari.. hehehe..

okay la.. destinasi pertama untuk lawatan sambil belajar.. kite orang decide pergi ke Muzium Tentera Darat.. perjalanan dari apartment ke muzium tu cuma ambik masa 15 minit.. dekat kan.. seronok tengok kanak-kanak ribena ni excited sangat tengok pelbagai jenis kereta kebal, jet pejuang, helikopter, keretapi.. macam iklan kat astro "macam-macam ada"... aku sendiri excited tengok bende-bende kat muzium ni.. nasib baik aku dapat control feeling jiwa muda remaja aku ni.. muka buat-buat ketat.. padahal dalam hati.. best.. best.. best..





Dah puas round kat muzium.. lawatan sambil belajar diteruskan ke Tanjung Tuan.. nak tengok camne rupa bangunan Rumah Api.. masa nak pegi kat situ.. jalan jem.. tapi takde teruk sangat..  yang teruknya bila kite orang tak tahu kat mane tempat ni.. so, main redah je la.. tengok signboard.. banyak kali jugak arr terlajak ntah mane tempat.. selepas buat u-turn ntah yang ke berape kali.. huhuhuhu.. at last, kami jumpe jugak kawasan ni.. hehe..

Dah parking kete.. ingatkan rumah api tu main masuk je.. rupanya kene bayar.. hmm.. takpe la.. bayar sorang seringgit je untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.. bile dah bayar, aku tanye kat kaunter.. mana rumah api? Dia bgtau kene daki bukit baru boleh sampai.. hah !!! biar betul mamat ni.. nak tak nak.. terpaksa arr jugak mendaki bukit ni tanpa senaman atau memanaskan badan terlebih dahulu... tu takpe lagik... part paling best.. air mineral kami tak bawak.. perghhh... ni dah serataf unta padang pasir.. simpan air kat bonggol belakang.. hahahahaha.. daki bukit ni.. punyer la seksa.. serius bro.. kepada sesaper yang plan nak pegi sini.. bawak arr air mineral atau 100 plus.. bawa stok banyak2.

lepas mendaki selama 15 minit.. kami akhirnya sampai jugak ke puncak bukit.. dan mata ku semakin bersinar gembira bile aku terlihat seorang uncle menjual makanan atas motorsikal.. yes yes.. air.. air... i really need water right now.. laju jer aku pegi kat tempat uncle tu.. tanya ada jual air tak... uncle tu jawab takde!! what...??? are you kidding man..?? uncle tu cuma jual ais cream cornetto... mampus camne.. ais cream.. belasah je la.. janji dapat basah tekak yang kering kontang ni.

RUMAH API... ni la bangunan Rumah Api, Tanjung Tuan.


Pemandangan laut Selat Melaka..

uncle ni buat suspen betul la
Pemandangan dari atas bukit ni... perrghhhhhhh... wa cakap lu.. terbaik.. terbaik bro.. lautan Selat Melaka yang terbentang luas.. cantik bro.. Rasa macam nak bina rumah setinggan je kat atas bukit ni.. hari-hari boleh tengok laut.. kalau bosan leh turun memancing ikan jaws kat lautan tu.. hehehe.

sedar tak sedar.. dah pukul 3.00 petang... sekali lagi perut bergendang.. perjalanan turun bukit takde arr seksa sangat berbanding mendaki.. hehehe.. Jika masa pegi ke sini jalan jem sedikit.. berbeza pulak bile nak balik town.. jem giler.. dah la jalan satu line je.. kete banyak.. hmm..  
ni dia  Kedai kopi Pak Lang.... jangan risau mengenai status halal kedai ni..
sebab semua makanan yang disediakan adalah halal dan dimasak oleh orang Islam.

Mi sup fish ball..... terbaik di pasaran..
Untuk makan tengahari.. cheewahh.. tengahari la konon.. padahal dah nak masuk waktu minum petang dah ni.. kite orang ke pekan Port Dickson.. cari restoran yang masih ada jual nasi.. tapi pelik.. kebanyakan kedai dah tutup.. tau la ari ni ari Ahad.. tapi takkan la restoran pun half day.. pusing punya pusing.. ternampak la sebuah kedai kopi.. hmm.. menarik jugak ni.. ape lagik parking kete.. terus terjah Kedai Kopi Pak Lang..

Dah settle makan... balik apartment kejap sebab nak tukar pakaian... sebelum meneruskan aktiviti melepak kat tepi pantai.. bagi peluang kat kanak-kanak ribena ni main pasir... and mandi laut.. tetapi cuaca tak mengizinkan... hujan lebat turun daaaa... apa daaa.. so, balik apartment.. rehat... makan... tido.. zzzzzz..
 
SERONOK tengok kanak-kanak ribena ni bermain dengan pasir sambil mandi laut.
 
HAPPY FAMILY... bersama isteri dan anak-anak yang tercinta



tak abis lagik ceciter ni... to be continue la pulak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

StellaClaire-Richard said...

Mmg nice place to visit oh..siok sya tgk kamu bercuti.. Especially the kids ;)

Powered by Blogger.