Kota Kinabalu.. my hometown!!



BANDARAYA Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai KK, merupakan antara bandaraya yang cantik pemandangannya. Bandaraya yang terletak di tepi laut… dihiasi dengan pulau2 yang menarik…. Yeahh!!! This is my hometown… proud to be Sabahan.. land below the wind..!!

Bagi yang kali pertama datang ke KK, pastinya setuju dan kagum dengan keindahan alam semulajadinya. 

Penerbangan dari KLIA ke KKIA atau Terminal 2 mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 min.

Apa yang menarik di bandaraya KK?

Apa yang menarik sebenarnya bergantung kepada minat anda sendiri. Jika anda berminat untuk berkunjung ke pulau-pulau berhampiran, anda boleh ke Jesselton Point yang terletak di pinggir bandaraya KK dan boleh pilih mana-mana pulau dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) ataupun ke Labuan. Tambang ke setiap pulau adalah dalam lingkungan RM30 pergi-balik dan RM35 sehala untuk ke Labuan. Perjalanan bot/feri ke Labuan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari KK dan bot bertolak pada jam 8 pagi dan 1 tengahari, sementara perjalanan bot ke TTAR pula hanya lebih kurang 15 - 30 minit.

Jejantas terpanjang d Asia Tenggara

Pasar Filipina merupakan tempat yang wajib anda lawati jika ke KK. Ia terletak berdepan dengan Hotel Le Meridian dan Komplek Sinsuran. Di sinilah dijual segala bentuk cenderamata terutamanya mutiara dan barangan kraf. Anda perlu menawarkan harga setiap barang di sini. Jika anda bernasib baik.. every weekend ada juga penjaja kraftangan yang menjual barangan cenderahati hasil buatan tangan mereka di atas jejantas.

Untuk makluman anda, pada sebelah petang hingga ke malam, ada pasar malam setiap malam di hadapan Pasar Filipina ini dan harga jauh lebih murah. Kepandaian anda untuk tawar menawarkan diperlu di sini jika anda inginkan harga yang murah.
Runding sampai jadik!! Heheheh…


Tamu di Jalan Gaya @ sinonim dengan nama Gaya Street... hah... di sini pun best juga.. mcm2 ada..!!! dibuka seawal jam 6 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari... so, kalau mau pigi sini... jangan lambat bangun..!!
Ada banyak pusat membeli belah yang di KK ni… yang paling femes skrg ni… 1Borneo! Terletak jauh sedikit berbanding pusat-pusat komersial lain, tapi jangan risau (bagi pelancong atau yang menaiki pengangkutan awam), anda boleh menaiki City Bus dari Terminal Bas Wawasan untuk sampai ke situ. Tanpa yang lama, maka tentunya tiada yang baru… Centre Point, Wisma Merdeka dan Kompleks Karamunsing merupakan antara pusat-pusat komersial terawal di KK dan diikuti pula dengan KK Plaza dan Wawasan Plaza.


Suria Sabah

Suria Sabah merupakan pusat komersial terbaru buat masa ini! Tapi belum banyak kedai yang dibuka di Suria Sabah.. maybe masih baru lagi kan.. Kehadiran Golden Screen Cinema yg turut menyediakan panggung 3D di Suria Sabah (yg pertama di borneo) menjadi tarikan ramai terutamanya para remaja! Tepuk tangan untuk GSC!

Destinasi yang mesti dikunjungi bila anda melawat KK, tentunya Pantai Tg Aru. Next entry ok… chowwwwwwww..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Powered by Blogger.